Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Firdaus's blog

Blog EntryMar 8, '09 10:10 AM
for everyone

Assalamulaikum, kali ini, penulis akan mengulas mengenai sebuah novel yang bertajuk mantera hitam. Novel ini agak menyeronokkan, ia merupakan sebuah fiksyen yang menarik, mengenai alam persilatan, alam jin dan apa yang pasti tentang novel ini, pastinya is menyelitkan unsur-unsur islam.

Ia bermula dari zaman kesultanan melayu melaka, iaitu ketika alfonso datang ke melaka, dan pada ketika itu, seekor jin telah dikurung. kemudian, cerita terus melalui zaman sekarang dimana sekumpulan remaja telah bermain " spirit of the coin" yang mana telah membebaskan jin tersebut dan menimbulkan kembali perbalahan antara jin kafir dan juga jin Islam yang mana turut bersama dalam perjuangan pahlawan-pahlawan melayu yang mahir dalam persilatan yang mampu memasuki alam malakut persilatan.

Walauapapun, sedikit kekurangannya, pengakhiran cerita seolah-olah tergantung.. apakah ada sambungannya? atau sememangnya pengakhirannya sengaja ditinggalkan sedemikian bagi menunjukkan permusuhan iblis terhadap manusia yang tidak berkesudahan sehingga hari kiamat.

Add a Comment